Pages

welcome

welcome to my blog..

Monday, 28 March 2011

Kejam Kew Manusia??????

Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
Lembu : Hah! Buat apa pulak?
Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
Ayam : ?? Maksud kau?
Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)
 

Sunday, 27 March 2011

Fakta!!

okay, skang ni bwu jer abes exam, otak pon da blur, en? en? so, saye siar kan beberapa fakta lawak just tok release tention lepas exam, harap korg terhibur..


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Thursday, 10 March 2011

Tokek oh tokek

Cicak Tokek ataupun nama saintifiknye adalah tucktoo mula menempah popularity pada awal tahun 2010 sehingga ramai warga kota serta tidak ketinggalan juga penduduk kawasan pendalaman. Sekilogram berat Tokek boleh mencecah nilaian Jutaan Ringgit . kelebihan tokek ini  adalah hempedu tokek mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk HIV/AIDS . Tokek yang sudah mati tidak lagi bernilai dan hanya tokek yang hidup sahaja yang akan dijual atau dibeli.

Tuesday, 8 March 2011

Dunia mistik

Minggu ini saya akan menceritakan salah satu dunia mistik iaitu Ilmu kebal.ilmu kebal merujuk kepada keupayaan seseorang bagi menahan tubuhnya daripada ditembusi oleh senjat. Mereka mendapatkannya secara amalan  pertapaan atau memakan sesuatu. Sementara cara pemakaian pula, ia mungkin berbentuk satu azimat, atau keris dan seumpama dengannya.kelemahan pengamal ilmu kebal ialah boleh ditikam dengan buluh runcing dan seumpama dengannya. Ini disebabkan kepercayaan berlaku keseimbangan dan sesuatu perkara tidak pernah sempurna, mesti ada kecacatannya.

Sunday, 6 March 2011

presentation

urgh... (~_~) esok ade presentation SKP2204, haih... asek2 present jer, susah btol... tp, nk wt cmne, ni lar dunia kite sbagai pelajar, ssah skarang biar senang kemudian... pape pon, esok nk bwat yg t'baek tok presnt kali ni... chayok!!!!

Wednesday, 2 March 2011

Dunia saya

Assalamualaikum....nama saya nazham,mmber kampong panggil entok,tp mmber kolej pngil jiham, x thu npe.,asal batu pahat,johor...dak kg jew.hobi suka keje kt ladang n mmncing....jenis x suka lepak n kuar mlam tp klo da kuar mlm mmng x jmpe jln nk alik uma....hahaha..(saya mrupakan penulis kedua dlam blog ini)